Artikel dari harian metro bertarikh 15.08.2008

KUALA LUMPUR: Mulanya adegan `ringan-ringan’ sebelum bertukar kepada aksi ‘luar biasa’ sepasang kekasih yang juga pelajar sekolah menengah yang mengambil kesempatan melakukan maksiat di sebuah kompleks perniagaan kraftangan terkemuka di sini, petang semalam.
Pasangan kekasih lengkap memakai seragam sekolah pada mulanya berjalan beberapa kali mengelilingi pusat kraftangan terbabit dipercayai mencari tempat melempiaskan nafsu.
Mereka kemudian hilang sebelum dikesan detektif kompleks itu ‘melepak’ di tangga menghadap sungai sambil melakukan aksi ringan-ringan.
Difahamkan, detektif berkenaan bersama beberapa pengawal keselamatan memerhati dari jauh perlakuan sumbang pelajar lelaki berumur 17 tahun dan pasangannya 15 tahun, sebelum ia bertukar kepada aksi penuh memberahikan.
Kedua-dua tangan pelajar lelaki dikatakan dimasukkan dalam baju kekasihnya, malah baju pelajar perempuan terbabit sudah disingkap hingga paras leher.
BACA LAGI Read more…

Petikan Dari HARIAN METRO 11.08.2008
KUALA LUMPUR: Dengan lagak persis pelancong, seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak kastam Australia selepas didapati berniat licik cuba menyeludup beberapa rakaman video lucah membabitkan kanak-kanak dan remaja bawah umur sebagai pelakon utama.
Dipercayai rakaman pornografi membabitkan remaja Asia itu diseludup ke negara berkenaan untuk dijual di pasaran gelap bagi mendapatkan keuntungan lumayan.
Akhbar Internet The Independent Weekly dipetik berkata, suspek yang berusia 33 tahun diberkas sebaik sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide, Australia, selepas menaiki pesawat dari Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Sumber media berkenaan dipetik berkata, suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan kemudian diperiksa rapi pihak berkuasa di lapangan terbang berkenaan
BACA LAGI Read more…
 |
TAHAN…lima pelajar perempuan berusia 14 dan 15 tahun yang
ditahan selepas mencuri keluar dari asrama sebuah
sekolah menengah di Sungai Petani, semalam. |
Petikan Dari harian metro 10.08.2008
SUNGAI PETANI: “Pakcik, tolong jangan beritahu cikgu dan ibu bapa saya. Tolong lepaskan kami balik semula ke asrama sudahlah, kami takut kena tindakan.”
Itu antara rayuan lima pelajar perempuan berusia 14 dan 15 tahun yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Membanteras Gejala Lepak remaja di bandar ini, awal pagi semalam.
Kelima-lima pelajar perempuan terbabit dipercayai menyusup keluar dari asrama sebuah sekolah menengah, di sini, untuk keluar bersiar-siar sebelum ditemui dalam keadaan mencurigakan.
Pelajar tingkatan dua dan tiga itu ditahan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika cuba lari, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
BACA LAGI Read more…

Petikan dari Harian Metro 09.08.08
KUALA LUMPUR: Baby, 23, seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cuba mahu menambah kenalan melalui laman sembang di telefon bimbit.
Bagaimanapun, dia akhirnya menjadi gadis seks siber paling popular di kalangan lelaki hidung belang.
Malah, peti simpanan pesanan telefon bimbit Baby dipenuhi gambar kemaluan lelaki yang dikirim ‘jantan miang’ mengajaknya melakukan seks melalui telefon hampir setiap malam.
Masalah itu bermula apabila dia menyertai satu laman sembang terkenal melalui perkhidmatan protokol aplikasi tanpa wayar (WAP) kelolaan sebuah syarikat telekomunikasi.
READ MORE Read more…