PELAJAR TRAUMA KLIP VIDEO AKSI LUCAH TERSEBAR
November 5th, 2008
9 comments

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sebuah kolej swasta di Jalan Danau Kota, dekat sini, kini trauma selepas klip video lucahnya tersebar kepada rakan-rakannya.
Aksi lucah pelajar berumur 18 tahun yang sedang tidur itu dipercayai dirakam oleh rakan serumahnya di sebuah asrama di Wangsa Maju.
Mangsa hanya menyedari gambar lucahnya dirakam jam 8.25 malam, 31 Oktober lalu selepas rakan mengajaknya melihat ’sesuatu’ di dalam telefon bimbit seorang lagi rakannya.
Sejurus kemudian, mangsa yang berasal dari Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan itu bertanya kepada rakannya, benarkah mereka merakam aksi lucahnya dan kesemua mereka ketawakannya.
BACA LAGI Read more…
