Archive

Archive for January, 2009

Botol Arak Dan Kondom Merata Tempat

January 31st, 2009 admin 1 comment

Petikan Harian Metro 1.2.2009

rosak-umat-melayuku

KUALA TERENGGANU: Kawasan rekreasi Water Front yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah pesisir pantai kini tercemar dengan pelbagai kegiatan maksiat.

Lokasi itu bukan saja menjadi sarang maksiat tetapi turut dicemari dengan botol arak serta kondom yang bersepah.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, terdapat segelintir remaja sekitar bandar ini menjadikan kawasan rehat di sekitar Water Front itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

Seorang pemancing, Abdullah Mahmud, 51, berkata dia sering terserempak pasangan kekasih bercumbuan di bawah pokok di tempat menunggu bot nelayan berdekatan kawasan itu.

Dia yang tidak sanggup melihat perlakuan sumbang itu pernah memberi teguran kepada pasangan terbabit, bagaimanapun nasihatnya tidak dihiraukan sebaliknya disindir supaya tidak menjaga ‘tepi kain orang’.

Read more…

Pelajar Sekolah Dan Video Game Lucah

January 30th, 2009 admin 1 comment

Petikan hmetro.com.my 31.01.2009

PERMAINAN VIDEO LUCAH

KUALA LUMPUR: Terkejut apabila menyaksikan gelagat kumpulan murid sekolah rendah asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan sedang melakukan hubungan seks di sebuah kedai permainan video di sini.

Malah, ketika dihampiri, kumpulan kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 12 tahun itu tidak segan silu mempelawa wartawan Harian Metro untuk mencuba permainan video berkenaan.

“Bang, bang nak main sama ke? Seronok permainan ‘7 Sins’ (7 dosa) ini…ada dijual di merata kedai permainan video hanya RM5 sekeping.

“Saya hanya perlu melengkapkan beberapa misi sebelum dapat imbuhan iaitu watak seorang wanita berbogel…paling best dapat tengok dia main (melakukan hubungan seks),” kata seorang daripada mereka tanpa mempedulikan orang ramai.

Seorang daripada kumpulan murid berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 12, mengaku ketagih bermain permainan video berkonsep lucah itu.

Read more…

Aksi Pasangan Gay Songsang

January 30th, 2009 admin No comments

Petikan Dari Harian Metro 31.01.2009

.pasangan songsang dicekup dalam tandas.

pasangan songsang dicekup dalam tandas.

KUALA LUMPUR: Seorang warga asing yang baru selesai bersolat Jumaat ditangkap sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang lelaki bukan Islam dalam tandas Pasar Seni di sini, petang semalam.

Lelaki terbabit yang lengkap berkopiah ditahan beberapa detektif pasar itu yang curiga dengan perbuatan kedua-dua mereka selepas mengesan perbuatan songsang pasangan itu melalui kamera litar tertutup (CCTV), kira-kira jam 3.30 petang.

Sebelum itu, pasangan terbabit melakukan perbuatan kurang sopan di kawasan tersorok berhampiran tandas pasar berkenaan sebelum kedua-dua mereka membuat perbuatan sama di dalam tandas itu pula.

Berdasarkan siasatan, lelaki terbabit yang juga warga Indonesia manakala ‘pasangan’ warga tempatan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, malah pada awalnya mendakwa mempunyai MyKad.


baca lagi

Read more…

Categories: Artikel Tags: , ,

Bapa Ayam Tawar Khidmat Seks Kepada Polis

January 30th, 2009 admin No comments

Petikan Sinar Harian 31.01.2009

pelacur melayu khidmat seks

KUALA LUMPUR – Seorang ‘bapa ayam’ mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, lima hari lalu.

Ng Chee Seng, 48, yang bekerja sebagai penjaga parkir memberi pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nazran Mohd Sham.

Chee Seng yang hadir memakai baju-T warna hijau didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Alor 1 Tengkat Tong Shin pada kira-kira jam 4.30 pagi, 24 Januari lalu.

Bagi tuduhan itu, Penolong Pendakwa Raya Ahmad Mustaqin Rabbani Abdullah mendakwa tertuduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 Februari depan

Categories: Artikel Tags: , ,