Pusat Hiburan Call Girl Diserbu
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan terkenal di Jalan Pinang di sini, dikesan menjadi lokasi wanita warga asing menjual tubuh berikutan ia turut dikunjungi lelaki warga asing yang inginkan hiburan tambahan.
Kegiatan ‘call girl’ itu terbongkar apabila 16 wanita masing-masing tujuh dari Filipina, Vietnam (enam orang) dan masing-masing seorang dari Nigeria dan Indonesia ditahan dalam satu operasi bersepadu, awal pagi semalam.
Operasi yang dinamakan ‘Ops Noda Khas’ itu disertai Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Jabatan Imigresen.
Ketua Operasi, Deputi Superintendan Rotzarn Rashid, berkata dalam serbuan itu, seramai 150 pengunjung diperiksa dan daripada jumlah itu, 17 wanita warga asing dan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an ditahan untuk tindakan lanjut.




