Archive

Archive for May, 2009

Siswi IPTA Rela Bogel Diri

May 29th, 2009 admin 6 comments

Siswi IPTA Rela Bogel

Petikan harian metro 30 MAY 2009

KUALA LUMPUR: Angkara tuduhan palsu kononnya dia terbabit dalam klip video lucah, seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) merelakan tubuhnya diperiksa untuk dibandingkan dengan pelakon sebenar.

Remaja Perempuan Pengarah Filem Aksi Rogol Merogol

May 29th, 2009 admin 8 comments

Petikan Harian Metro 29 MAY 2009

KUALA LUMPUR: Biarpun baru mencecah usia 14 tahun, namun seorang remaja perempuan melayu boleh layak digelar gadis jalang apabila sanggup mengarahkan teman lelakinya memperkosa rakan sekolahnya sendiri sambil memberi kata-kata galakan terhadap perbuatan keji itu.

Pelajar perempuan tingkatan dua itu turut bertindak sebagai ‘pengarah filem’ aksi rogol terbabit dengan merakam perbuatan berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit sambil memberi arahan apa yang perlu dilakukan.

Sumber polis berkata, kejadian sadis itu berlaku apabila mangsa diajak pasangan kekasih berkenaan ke satu kawasan sunyi di Bukit Ampang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebaik sampai ke kawasan berkenaan, mangsa diarah mengawal kawasan sekeliling sementara gadis terbabit melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

Read more…

Pelajar Perempuan Mengaku Buang Bayi Lelaki

May 29th, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro 29.05.2009

KUANTAN:Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama ditahan selepas mengaku membuang bayi lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan sebuah rumah di Balok Makmur semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata pelajar berusia 16 tahun terbabit telah dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 11 pagi tadi.

“Pelajar terbabit mengaku perbuatannya itu dan kini ditahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Dia telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menjalani rawatan susulan selepas melahirkan anak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar perempuan itu membuat laporan polis bahawa dia

dirogol seorang kenalannya sehingga melahirkan bayi yang dibuangnya itu.

“Polis sedang menyiasat laporan pelajar itu,” katanya.-Bernama

Awek Kelab Tiada Dara

May 22nd, 2009 admin 1 comment

Gambar tatu kelab awek tiada dara

Petikan harian metro

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Read more…