Remaja Perempuan Nyaris Jadi Lauk

SIASAT...anggota penguat kuasa Jaik menyoal siasat lapan lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah motel, semalam.
Petikan Harian Metro
ALOR STAR: Seorang gadis yang dipercayai hanya menunggu masa untuk menjadi ‘lauk’ kepada sekumpulan lapan lelaki dalam sebuah bilik motel di Taman Saga dekat sini, semalam, memberi alasan pergi ke bilik berkenaan untuk mengecas bateri telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, operasi cegah maksiat sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) terhadap motel berkenaan, kira-kira jam 12.30 tengah malam berjaya ‘menyelamatkannya’ daripada menjadi mangsa kumpulan berkenaan.
Semua mereka ditahan kerana disyaki berkurung melakukan maksiat di bilik motel itu.
Difahamkan, gadis berasal dari Alor Janggus dekat sini, bekerja di sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini dan menyewa motel itu untuk melepaskan rindu dengan kekasihnya seorang daripada lelaki yang ditahan itu.




