Pelajar Sekolah Beromen Dalam Kelas
petikan harian metro
SETIU: Tindakan sepasang kekasih muda melayu boleh yang masih menuntut di sebuah sekolah menengah di sini, yang menjadikan sebuah kelas sekolah berkenaan sebagai tempat memadu asmara ketika cuti umum persekolahan kelmarin terbongkar apabila ibu pasangan remaja wanita itu membuat aduan polis, semalam.
Remaja wanita berusia 13 tahun itu kini sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Laporan perubatan remaja wanita itu dipercayai menjadi elemen penting bagi menentukan sama ada kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol atau sebaliknya.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Sheikh Othman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu sudah menahan pasangan lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.





