Archive

Archive for December, 2009

Remaja Perempuan Jadi Lauk Mat Gian

December 30th, 2009 admin No comments

petikan harian metro

SEREMBAN: Nasib seorang remaja perempuan melayu boleh bagaikan terlepas daripada mulut harimau, masuk mulut buaya kerana selepas berusaha melarikan diri daripada menjadi mangsa gila seks bapa tirinya, dia terpaksa mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki termasuk rakannya.

Remaja berusia 16 tahun, mengaku lari dari rumah kerana tindakan bapa tirinya yang cuba merogolnya.

Dia kemudian mengikuti beberapa rakan lelaki dan duduk di sebuah rumah kosong di Sikamat, dekat sini, sejak lebih seminggu lalu.

Tindakannya lari dari rumah dan mengikuti rakan lelakinya itu dengan harapan nasibnya cerah, tidak kesampaian apabila dirogol lelaki berkenaan.

Menurut sumber, kejadian remaja itu dirogol bergilir-gilir oleh rakannya dan beberapa lelaki lain terbongkar apabila dia menceritakan perkara itu ketika soal siasat kepada pasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan yang mengadakan operasi membanteras aktiviti menghidu gam dan maksiat kalangan remaja di sebuah rumah kosong di Sikamat pada malam sambutan Krismas, lalu.

Menurutnya, dalam operasi itu pihak berkenaan menahan sembilan lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terbabit dalam aktiviti maksiat dan hidu gam di sebuah rumah kosong yang dijadikan ‘port’ kegiatan tidak sihat termasuk mencuri motosikal.

“Ketika disoal, remaja perempuan turut menunjukkan lelaki yang merogolnya dan lelaki berkenaan juga mengaku pernah merogol remaja terbabit.

“Siasatan mendapati remaja perempuan berkenaan sudah berada di rumah berkenaan sejak lebih seminggu di bawah jagaan kumpulan lelaki terbabit sebelum semua mereka diberkas pada malam Krismas lalu,” katanya di sini, semalam.

Ketika serbuan jam 12.30 tengah malam itu, rumah kosong berkenaan dipenuhi peralatan menghidu gam dan kumpulan lelaki terbabit dipercayai menjadikannya tempat berkumpul.

Menurutnya, mereka dipercayai sudah menjalankan kegiatan tidak sihat itu sejak beberapa bulan lalu tanpa disedari penduduk sekeliling.

“Bagaimanapun aktiviti mereka dikesan selepas menerima aduan orang ramai hingga membawa kepada tindakan dan penahanan mereka,” katanya.

Semua lelaki berkenaan dan remaja perempuan terbabit diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seremban 2 untuk tindakan lanjut.

Pihaknya mengingatkan orang ramai supaya prihatin terhadap perkembangan yang berlaku di sekeliling dan segera melaporkan sebarang kegiatan tidak sihat supaya tindakan segera dapat diambil.

“Masyarakat turut bertanggungjawab membanteras kegiatan tidak sihat di kawasan mereka dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa,” katanya.

4 Remaja Perempuan Jadi Lauk Kenduri 17 Lelaki

December 16th, 2009 admin 2 comments

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan melayu boleh bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.

Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin.

Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.

Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan.

Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua.

Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu.

Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.

Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.

Hanyut Diurut & Dibelai Amoi Bogel

December 16th, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro 17 December 2009

KEPONG: Terlalu asyik dengan belaian manja ‘minah urut’ seorang lelaki melayu boleh berusia 20-an tidak sedar premis menyediakan perkhidmatan urutan itu diserbu polis walaupun bilik digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tidak bermoral itu hanya ditutup dengan papan lapis dan kain langsir.

Difahamkan ketika dicekup lelaki warga tempatan itu dalam keadaan bogel manakala pasangannya seorang gadis warga China juga berusia 20-an hanya sempat menutup tubuhnya menggunakan sehelai tuala, dan gagal mencapai pakaian.

Berselindung di sebalik rawatan urutan refleksiologi pada papan tanda, premis terbabit sebenarnya turut menyediakan perkhidmatan seks sebagai sampingan, dan biasanya pelanggan akan diurut terlebih dulu sebelum beralih pada khidmat seks diinginkan lelaki hidung belang.

Serbuan jam 1 pagi semalam dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman selepas menerima maklumat awam dan melakukan intipan selama beberapa hari itu

Menurut jurucakap polis, pasangan yang sedang asyik bermadu kasih itu hanya menyedari premis terbabit diserbu selepas anggota bertugas menyelak langsir dan melihat mereka dalam keadaan bogel.

“Mereka tidak menyangka premis terbabit diserbu polis dan ada pelanggan yang ditemui dalam keadaan bogel dan hanya sempat mencapai tuala untuk menutup tubuh manakala pelanggannya pula menggeletar ketakutan.

“Pemeriksaan mendapati 15 gadis warga China berusia 20-an tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Maklumat yang kami terima, premis ini menawarkan perkhidmatan berunsurkan maksiat termasuk seks dan oral seks dan hasil intipan dan serbuan didapati dakwaan itu benar,” katanya

Difahamkan sebelum ini premis sama sudah tiga kali diserbu berikutan menjalankan kegiatan sama bagaimanapun, pengusahanya masih berdegil dan meneruskan perniagaan haram itu.

Bagi mengaburi pihak berkuasa dari mengesan perkhidmatan tidak bermoral disediakan pengusaha premis terbabit meletakkan sebaris kerusi kononnya untuk tujuan urutan kaki di ruang tamu manakala 14 bilik kecil lengkap dengan tilam dibina di tepi bahagian premis bagi khidmat seks.

Adegan Terlampau Aksi Seks Anak Sendiri

December 16th, 2009 admin No comments

Melayu Boleh
Petikan Harian Metro 16 December 2009

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa melayu boleh sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki melayu boleh berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan melayu boleh tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.