Home > Artikel > Pelajar Agama Buat Maksiat & Berkhalwat

Pelajar Agama Buat Maksiat & Berkhalwat

November 17th, 2009 admin Leave a comment Go to comments

Petikan harian metro 18 november 2009

MELAKA: Seorang pelajar melayu boleh yang menuntut dalam bidang keagamaan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jaim) kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di bandar ini.

Pelajar berusia 20 tahun itu ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jaim bersama pasangannya berusia 16 tahun di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Ketika ditahan, pelajar terbabit hanya bertuala, manakala teman wanitanya berada dalam bilik air serta hanya berpakaian dalam.

Kedua-dua pasangan terbabit yang berasal dari Negeri Sembilan menyewa bilik itu sejak awal malam hari berkenaan sebelum dicekup

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.