Home > Artikel > Remaja Nafi Rogol Teman Wanita

Remaja Nafi Rogol Teman Wanita

gambar sekadar hiasa

gambar sekadar hiasan

SHAH ALAM: Seorang remaja melayu boleh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan merogol teman wanitanya berumur 14 tahun pada bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Shahril Ahmad Shafri, 18, yang kelihatan tenang dalam kandang tertuduh hanya menggeleng kepalanya untuk membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya.

Dia yang memakai baju berwarna coklat dan seluar biru didakwa merogol seorang pelajar berumur 14 tahun dan dua bulan di rumah tertuduh di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, dekat sini, antara jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi, 9 Jun lalu.

Bagi pertuduhan itu, Ahmad Shahril didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyana Ismail berkata, pihak pendakwaan tidak mencadangkan tertuduh diberi jaminan kerana kes seperti itu kerap berlaku di negeri ini.

“Sekiranya mahkamah cenderung untuk membenarkan tertuduh dibenarkan ikat jamin, saya berharap dia dikenakan syarat tambahan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shahril yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia seorang penganggur dan berharap diberi jaminan.

“Hari ini (semalam), bapa saya datang untuk jadi penjamin dan berharap mahkamah mengenakan jumlah yang minimum bagi membayar jaminan itu,” katanya.

Wan Norisham turut memerintahkan Ahmad Shahril diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta dilarang mengganggu mangsa.

Beliau menetapkan 10 September depan untuk sebutan melantik peguam.

P/S : Tunggu la kat neraka nanti nak tengok tenang ke tak perasaan anda

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.