Archive

Posts Tagged ‘40 tahun’

Warga Bangladesh Gila Seks Raba Tetek

December 1st, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro 2 December 2009

KLUANG: Kerakusan seorang tukang cuci tandas warga Bangladesh gila seks yang menjadikan tandas awam di sebuah jabatan kerajaan di Jalan Hospital di sini sebagai lokasi melakukan perbuatan tidak senonoh itu membawa padah apabila dia dicekup pihak berkuasa selepas meraba payu dara dua wanita melayu boleh dalam masa setengah jam, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pencuci tandas di bangunan kerajaan berkenaan sejak lebih setahun lalu itu bijak memerangkap mangsanya dengan tidak meletakkan tanda amaran kerja mencuci dijalankan di pintu masuk tandas wanita di situ.

Dengan cara itu, lelaki terbabit mempunyai peluang untuk mengendap wanita yang masuk menggunakan tandas sebelum menerkam dan meramas payu dara mangsa sebaik mereka keluar dari tandas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata suspek ditangkap susulan dua laporan yang mengatakan mangsa dicabul di tandas awam sebuah jabatan kerajaan di Jalan Hospital di sini.

Katanya, berdasarkan laporan pertama mangsa berusia 25 tahun dicabul sebaik keluar bilik air dalam tandas berkenaan kira-kira jam 1.15 tengah hari, manakala kejadian kedua membabitkan wanita berusia 40 tahun berlaku kira-kira setengah jam kemudian di lokasi sama.

“Lelaki itu yang bekerja sebagai pencuci tandas berkenaan bijak memperdaya mangsa dengan tidak meletakkan tanda ‘tandas dicuci’ menyebabkan mangsa menggunakan bilik air sedangkan dia berada di dalamnya.

“Suspek yang mempunyai permit kerja sah itu terlebih dulu skodeng mangsa sebelum mencabul dengan memegang tetek mangsa sebaik mereka keluar dari bilik dalam tandas itu,” katanya.

Katanya, suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah hingga 3 Disember ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dipenjara hingga sepuluh tahun dan sebatan.

Mohamed Fawzi berkata, pihaknya percaya kemungkinan ramai wanita menjadi mangsa cabul lelaki terbabit namun enggan tampil untuk membuat laporan kerana malu.

“Berikutan itu, sesiapa yang pernah menjadi mangsa lelaki terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

GERAM LIHAT PEMBANTU RUMAH CUN

November 7th, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro 7 November 2009

KAJANG: Terliur dengan kejelitaan pembantu rumah adiknya, seorang lelaki gagal mengawal nafsu sehingga sanggup memperkosa amah berkenaan dalam kereta miliknya buat kali pertama sebelum mengulangi perbuatan sama beberapa kali di rumah barunya di Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini.

Suspek yang berusia 40-an sebelum itu jatuh hati terhadap pembantu rumah yang bekerja di rumah adik perempuannya dan mencari peluang memerangkap mangsa.

Sumber polis berkata, pembantu rumah warga asing berusia 25 tahun itu sebelum ini bekerja dengan adik suspek di Wangsa Maju selama satu tahun setengah.

Menurutnya, lelaki itu menemui adiknya pada 23 September lalu sebelum menyatakan hasrat meminjam amah berkenaan beberapa minggu untuk bekerja di rumahnya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20091107114642/Article/index_html

GADIS MELAYU DIROGOL

October 3rd, 2009 admin No comments

Petikan Kosmo.com.my 4 oktober 2009

SEJAK berusia 10 tahun lagi, Milah (bukan nama sebenar) telah terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Dia mendakwa puncanya ialah pengaruh kawan-kawan tetapi bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Berusia 14 tahun kini, Milah merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Berasal dari Utara, bapanya cuma seorang pekebun manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.

Hakikatnya, keluarga Milah telah memberikan dia kasih sayang serta ilmu agama. Namun, semua itu belum cukup untuk dia jadikan bekalan dalam mengharungi gelora zaman remajanya.

Read more…