Archive

Posts Tagged ‘aksi bogel’

LELAKI OKU UGUT SEBAR GAMBAR BOGEL GHAIRAH TEMAN WANITA

July 15th, 2009 admin 1 comment

Petikan Harian Metro

BAHAU: Akibat tidak dapat menerima hakikat cintanya putus di tengah jalan, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai sanggup bertindak menyiarkan gambar ghairah teman wanitanya di dalam Internet.

Lelaki berusia 30-an terbabit berkenalan dengan teman wanitanya melalui internet hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

Wanita berusia awal 30-an itu juga pernah berkunjung ke rumah suspek di Kampung Baru Mahsan, dekat sini, pada tahun lalu dan tinggal di situ selama beberapa hari.

Harian Metro difahamkan, ketika berada di rumah lelaki terbabit, pasangan itu ada merakamkan beberapa gambar untuk disimpan sebagai koleksi kenangan.

Read more…

Rakam Aksi Bogel Selepas Merompak

April 12th, 2009 admin 6 comments

Awek Melayu Dirakam Aksi Bogel

Petikan Hmetro.com.my 12.04.2009

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bukan saja trauma akibat dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau, malah berdepan risiko malu dan bimbang jika gambar bogel yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit penjenayah terbabit disebarkan.

Sebelum kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa berusia 35 tahun yang juga pemilik rumah kedai di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, menerima panggilan telefon daripada dua lelaki, memberitahu kononnya mereka berminat melihat keadaan premis kosong untuk disewa.

Wanita dan lelaki berkenaan kemudian mengatur pertemuan di perkarangan premis itu sebelum naik ke ruang atas rumah kedai terbabit.

Bagaimanapun, niat ikhlas wanita itu membawa musibah apabila diacu dengan pisau oleh seorang daripada lelaki berkenaan sebelum mereka merampas telefon bimbit, kad bank serta wang bernilai RM200 milik mangsa. Read more…