Archive

Posts Tagged ‘alyah’

PENYANYI ALYAH JUAL TUBUH

March 18th, 2010 admin No comments

Alyah

Petikan Harian Metro 18 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Penyanyi Melayu Boleh lagu Tak Mungkin Kerana Sayang, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 29, menafikan dakwaan kononnya dia menjual tubuh dan meniduri orang tertentu demi mencipta nama dalam sekelip mata.

Dalam nada kesal, Alyah berkata gosip mula disebarkan pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dia melakukan perbuatan keji itu selain ditaja ‘sugar daddy’ sejak namanya melonjak dalam dunia hiburan.
“Perlu apakah saya melakukan semua itu? Saya masih ada kudrat menyanyi dan mencari rezeki dengan tulang empat kerat. Saya tak tahu apa motif pihak tertentu menuduh saya tidur dengan orang (lelaki) dan memperdagangkan diri.
“Malah, anak angkat saya juga dituduh hasil hubungan sulit dan itu amat keterlaluan! Apakah dosa saya sehingga dituduh seperti itu? “Lebih menyedihkan saya dituduh suka menggunakan bomoh. Dulu memang saya pernah sakit tapi sudah berubat dengan orang yang pakar dalam hal agama. Saya tetap percayakan kuasa Tuhan, sering bertawakal dan berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, malam tadi.
Dalam perkembangan terbaru, Alyah membuat laporan di Balai Polis Damansara di sini, malam kelmarin terhadap jurusolek yang didakwa memburuk-buruknya namanya dalam laman sosial Facebook (fb).
“Kejadian bermula apabila saya membatalkan khidmat jurusolek itu untuk malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 pada 4 April nanti. Pembantu saya cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal.

Read more…