Archive

Posts Tagged ‘arak’

Pelajar Sekolah Liar Jual Gadis Liar

November 22nd, 2009 admin No comments

Gadis Liar

KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.

Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki melayu boleh, tetapi remaja perempuan melayu boleh yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.

Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.

Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.

Baca secara penuh di http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20091122001406/Article

Siswi Kolej Jadi Lauk Santapan Nafsu

November 17th, 2009 admin 1 comment

Pelajar Kolej Pesta Seks

Info Lanjut : http://www.hmetro.com.my/

Botol Arak Dan Kondom Merata Tempat

January 31st, 2009 admin 1 comment

Petikan Harian Metro 1.2.2009

rosak-umat-melayuku

KUALA TERENGGANU: Kawasan rekreasi Water Front yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah pesisir pantai kini tercemar dengan pelbagai kegiatan maksiat.

Lokasi itu bukan saja menjadi sarang maksiat tetapi turut dicemari dengan botol arak serta kondom yang bersepah.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, terdapat segelintir remaja sekitar bandar ini menjadikan kawasan rehat di sekitar Water Front itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

Seorang pemancing, Abdullah Mahmud, 51, berkata dia sering terserempak pasangan kekasih bercumbuan di bawah pokok di tempat menunggu bot nelayan berdekatan kawasan itu.

Dia yang tidak sanggup melihat perlakuan sumbang itu pernah memberi teguran kepada pasangan terbabit, bagaimanapun nasihatnya tidak dihiraukan sebaliknya disindir supaya tidak menjaga ‘tepi kain orang’.

Read more…