Archive

Posts Tagged ‘bawah umur’

PELAJAR SEKOLAH BAWAH UMUR DI ROGOL

July 28th, 2010 admin No comments

Petikan harian metro

PETALING JAYA: Seorang pemandu van melayu boleh sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan melayu boleh berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.

Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.
Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.

Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.

“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.

“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.
“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Adegan Terlampau Aksi Seks Anak Sendiri

December 16th, 2009 admin No comments

Melayu Boleh
Petikan Harian Metro 16 December 2009

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa melayu boleh sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki melayu boleh berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan melayu boleh tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pekerja Bawah Umur Diperkosa Majikan

November 24th, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro

KUALA LUMPUR: Nafsu membuak-buak mendorong seorang pemilik kedai melayu boleh yang juga pembuat roti canai memperkosa pekerjanya sendiri menggunakan secawan kopi yang dicampur ubat khayal.

Perbuatan suspek yang berusia 48 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa yang diperkosa sejak tiga bulan lalu hamil dua bulan.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 16 tahun diperkosa majikannya beberapa kali, namun takut mendedahkan kejadian kerana bimbang dan malu.

Menurutnya, siasatan polis sebelum ini mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai roti canai milik suspek yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

baca penuh di :-

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091124075531/Article/index_html

PROJEK SEKS TIGA BERADIK TERBONGKAR

October 13th, 2009 admin 4 comments

Petikan Harian Metro 14 Oktober 2009

PUTRAJAYA: Seorang kakak melayu boleh disyaki sanggup bersekongkol dengan dua adik lelaki melayu boleh menjadikan pangsapuri disewanya di sini sebagai