Archive

Posts Tagged ‘bermain video’

Pelajar Sekolah Dan Video Game Lucah

January 30th, 2009 admin 1 comment

Petikan hmetro.com.my 31.01.2009

PERMAINAN VIDEO LUCAH

KUALA LUMPUR: Terkejut apabila menyaksikan gelagat kumpulan murid sekolah rendah asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan sedang melakukan hubungan seks di sebuah kedai permainan video di sini.

Malah, ketika dihampiri, kumpulan kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 12 tahun itu tidak segan silu mempelawa wartawan Harian Metro untuk mencuba permainan video berkenaan.

“Bang, bang nak main sama ke? Seronok permainan ‘7 Sins’ (7 dosa) ini…ada dijual di merata kedai permainan video hanya RM5 sekeping.

“Saya hanya perlu melengkapkan beberapa misi sebelum dapat imbuhan iaitu watak seorang wanita berbogel…paling best dapat tengok dia main (melakukan hubungan seks),” kata seorang daripada mereka tanpa mempedulikan orang ramai.

Seorang daripada kumpulan murid berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 12, mengaku ketagih bermain permainan video berkonsep lucah itu.

Read more…