Pelajar 15 Tahun Dirogol Sehingga Pagi

Petikan Harian Metro
KAJANG: “Saya dirogol berulang kali hingga ke pagi ketika dikurung di sebuah pondok di Sungai Lui, Ahad lalu.
“Lebih mengaibkan apabila perbuatan keji itu diperhatikan tiga wanita dan dua lelaki dipercayai rakan lelaki yang menculik saya,” kata pelajar berusia 15 tahun menceritakan penderitaan dialaminya ketika dikurung selepas dilarikan dari Hospital Kajang (HK), di sini, oleh beberapa individu tidak dikenalinya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian seorang pelajar berusia 15 tahun ‘diculik’ seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ketika menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan selepas mendakwa dirogol individu yang hanya dikenali Hairi, 30-an.
Apa yang menghairankan, kehilangan remaja terbabit dari hospital berkenaan berlaku ketika dia masih berada dalam pengawasan pihak berkuasa dan kakitangan HK
