Gambar Bogel Jururawat
Petikan Harian Metro 26.02.2009 – Jururawat trauma teman lelaki mengugut sebar gambar bogel
KUALA LUMPUR: Risau gambar bogelnya disebarkan teman lelaki, seorang jururawat dibelenggu ketakutan dan trauma selepas diugut dan terpaksa mengikut ‘telunjuk’ serta kehendak teman lelakinya itu.
Malah, mangsa berusia awal 20-an itu terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya itu selama hampir tiga tahun berikutan risau gambarnya dalam keadaan berbogel disebarkan kepada orang ramai.
Difahamkan, gadis yang tinggal di sebuah kondominium di Setapak di sini, berkenalan dengan teman lelakinya itu pada 2006 dan sejak itu, mereka sering keluar bersama.
Menurut sumber, mangsa mendakwa pada awal perkenalan, teman lelakinya itu menunjukkan sikap sopan dan baik terhadap dirinya membuatkan dia tidak mencurigai apa-apa.

