Archive

Posts Tagged ‘gambar bogel’

JANDA MANGSA SEBAR GAMBAR BOGEL

October 6th, 2009 admin 1 comment

Petikan Kosmo.com.my

SHAH ALAM – Seorang doktor wanita melayu boleh berstatus janda tidak menyangka perkenalannya dengan seorang lelaki Arab menerusi Internet sejak tiga bulan lalu menjadikan hidupnya kini porak-peranda dan sentiasa dalam ketakutan.

Mana tidaknya, lelaki Arab terbabit dikatakan mengugut mangsa yang mempunyai dua anak untuk menyebarkan gambar bogelnya kepada khalayak umum sekiranya wanita itu gagal membayar wang tunai RM9,600 seperti diminta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, kejadian bermula apabila suspek berumur 35 tahun datang ke rumah mangsa di USJ, Subang Jaya dekat sini pukul 10 malam, Ahad lalu untuk makan malam.

Menurutnya, suspek kemudian membancuh kopi untuk mangsa juga berumur 35 tahun dan dipercayai telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman tersebut menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Semasa kejadian, kedua-dua anaknya tiada di rumah.

“Ketika mangsa tidak sedarkan diri, lelaki Arab terbabit dipercayai merakam gambar bogel mangsa. Wanita ini hanya tersedar dan mendapati dirinya tanpa seurat benang berada di dalam sebuah bilik di rumah itu pada keesokan harinya.

EX BOYFRIEND UGUT SEBAR GAMBAR BOGEL

September 15th, 2009 admin No comments

KUALA LUMPUR: Cemburu kerana kekasih hati disambar orang menyebabkan seorang lelaki nekad mengugut ingin menyebarkan gambar bogel dan video telanjang bekas kekasihnya dalam laman web YouTube.

full article here

LELAKI OKU UGUT SEBAR GAMBAR BOGEL GHAIRAH TEMAN WANITA

July 15th, 2009 admin 1 comment

Petikan Harian Metro

BAHAU: Akibat tidak dapat menerima hakikat cintanya putus di tengah jalan, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai sanggup bertindak menyiarkan gambar ghairah teman wanitanya di dalam Internet.

Lelaki berusia 30-an terbabit berkenalan dengan teman wanitanya melalui internet hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

Wanita berusia awal 30-an itu juga pernah berkunjung ke rumah suspek di Kampung Baru Mahsan, dekat sini, pada tahun lalu dan tinggal di situ selama beberapa hari.

Harian Metro difahamkan, ketika berada di rumah lelaki terbabit, pasangan itu ada merakamkan beberapa gambar untuk disimpan sebagai koleksi kenangan.

Read more…

Gambar Dan Klip Video Lucah Farawahida

July 10th, 2009 admin No comments

petikan harian metro

PETALING JAYA: Tiada gambar atau klip video lucah penyanyi Farawahida ditemui dalam telefon bimbit milik Julfekar Ahmad, 45, apabila diperiksa polis ketika komposer terkenal itu dipanggil memberi keterangan, Isnin lalu.

Sebelum ini, Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, 24, mendakwa komposer berkenaan mengugut mahu menyebar gambar dan video lucah yang dikaitkan dengan dirinya. Bagaimanapun, Julfekar mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Sumber polis berkata, telefon bimbit yang diambil daripada Julfekar ketika lelaki itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya di sini, untuk membantu siasatan Isnin lalu, didapati tidak mempunyai bukti seperti laporan polis dibuat penyanyi berkenaan, Khamis lalu.

“Walaupun pemeriksaan awal belum menemui apa-apa klip video atau SMS berbentuk ugutan, telefon bimbit berkenaan akan dihantar ke pihak forensik untuk siasatan lebih terperinci.

Read more…