Archive

Posts Tagged ‘hotel’

Dicekup Khalwat Buat Maksiat Kali Pertama

March 5th, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 5 MAC 2010

MELAKA: Perhubungan cinta jarak jauh sepasang kekasih Melayu Boleh sejak beberapa bulan lalu dengan hanya menggunakan talian telefon bagi menghubungkan kasih mereka akhirnya membawa kepada pertemuan buat kali pertama, semalam.

Bagaimanapun, pertemuan yang dilakukan di sebuah hotel bajet berhampiran Terminal Melaka Sentral membawa detik hitam apabila mereka dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) pada jam 12.15 tengah hari.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata siasatan mendapati remaja lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Johor sanggup datang ke negeri ini untuk menemui kekasihnya.
Pasangan sebaya terbabit ditahan empat jam selepas remaja perempuan berkenaan datang ke bilik yang disewa lelaki berkenaan.
Katanya, sebelum ini pasangan terbabit tidak pernah bertemu dan hanya menjadikan pertemuan pertama kali itu sebagai peluang melakukan perbuatan terkutuk apabila mengakui turut terlanjur.
“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan menyewa bilik terbabit sejak petang semalam (kelmarin) selepas tiba dari Johor dan kemudian remaja perempuan berkenaan datang ke biliknya itu pada jam 9.30 pagi tadi (semalam).

“Ketika berada di dalam bilik berkenaan, mereka mengakui melakukan perbuatan mungkar,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, perempuan berkenaan juga mengakui mereka bukan saja tidak pernah bertemu malah dia turut menyatakan itulah julung kali masuk ke bilik sebuah hotel.
“Pasangan berkenaan turut mengakui tahu berdua-duaan di dalam bilik terkurung adalah satu kesalahan serta melakukan perbuatan maksiat boleh mendatangkan dosa besar,” katanya.
Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pusat SPA Tawar Khidmat Seks

January 22nd, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 23 Januari 2010

Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa di sebuah hotel di Jalan Alor di sini kerana disyaki menawarkan khidmat seks kepada melayu boleh dan menahan enam pelacur warga asing.

Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) DSP Razali Abu Samah berkata lima pelacur dari China dan seorang warga Indonesia yang berumur antara 20 hingga 25 tahun ditahan di hotel itu dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 9.30 malam tadi.
“Empat daripada wanita itu ditahan di tempat letak kereta hotel itu ketika cuba melarikan diri manakala dua lagi di dalam bilik ketika sedang menunggu pelanggan di spa itu,” katanya kepada selepas serbuan itu.
Beliau berkata kesemua mereka mempunyai pas lawatan sosial yang sah, tetapi disalahgunakan.
“Kita percaya spa berlesen itu ada menerima pelacur, perempuan pelayan yang dibawa dari luar, namun tiada bukti menyatakan mereka menjalankan kegiatan haram berkenaan malah tiada bahan bukti digunakan bagi perkhidmatan seks,” katanya. Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke IPKKL mengikut Akta Imigresen dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus spa itu diambil keterangan bagi membantu siasatan. – Bernama

Awek Melayu Dirogol Diculik

October 23rd, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro 24 Oktober 2009

GEORGETOWN: Seorang gadis melayu boleh berusia 19 tahun melalui mimpi ngeri dalam tempoh 24 jam apabila mendakwa menjadi mangsa culik dan rogol dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa yang menginap di sebuah hotel bersama teman lelakinya di Jalan Trang di sini, dikunjungi dua lelaki sebelum melarikannya sejauh 200 kilometer dari hotel berkenaan.

berita penuh di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20091024110100/Article/index_html