LELAKI CABUL JIRAN PELAJAR PEREMPUAN 14 TAHUN
Petikan Harian Metro 28 Sept. 2009
KUALA LUMPUR: Jiran setan. Itu ungkapan tepat buat seorang lelaki melayu boleh durjana apabila dia tergamak mencabul seorang gadis melayu boleh berusia 14 tahun dengan menggunakan helah mahu mengambil kuih raya di rumah pelajar itu di Kampung Pandan, di sini.
Malah, perbuatan keji itu dilakukan ketika remaja terbabit berseorangan di rumah apabila ahli keluarganya melawat saudara mereka yang kemalangan di hospital.
Bagi menutup mulut dan tidak mahu perbuatannya terbongkar, lelaki berkenaan turut memberikan duit raya kepada pelajar berkenaan bagaimanapun, umpannya itu tidak menjadi apabila mangsa membuat laporan polis, kelmarin.
Menurut sumber polis, lelaki berusia 20-an itu pada mulanya berkunjung ke rumah mangsa jam 6.30 petang pada Selasa lalu dan mereka memang saling mengenali kerana berjiran.

