Archive

Posts Tagged ‘melayu’

16 PELAJAR SEKOLAH HAMIL ANAK LUAR NIKAH

June 2nd, 2010 admin No comments

Petikan Bharian.com.my

KUALA TERENGGANU: Enam belas pelajar perempuan Melayu Boleh dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki Melayu Boleh mereka sejak setahun lalu.

Difahamkan pelajar Melayu Boleh terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu

Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini.

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.

Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.

“Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya.

Dua Lelaki Kaki Skodeng Awek Terima Padah

March 11th, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 12 MAC 2010

KUANTAN – Nafsu Melayu Boleh suka skodeng yang menguasai dua pelajar melayu boleh sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membawa padah apabila mereka cedera dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar lain di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.

Kejadian pukul 12 malam itu berlaku selepas tindakan mereka mengintai kira-kira 10 pelajar perempuan melayu boleh melalui celah tingkap di sebuah rumah sewa disedari oleh salah seorang mangsa.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian bertindak menghubungi teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di situ.

Teman lelaki pelajar perempuan itu kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk mencari dua lelaki terbabit dengan menaiki kereta.

Difahamkan, kesemua pelajar itu merupakan pelajar tahun akhir di IPTA tersebut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, selepas puas mencari, teman lelaki gadis itu terserempak dengan dua pelajar berkenaan di sebuah stesen minyak.

GADIS CUN DIROGOL MAT AFRIKA

March 10th, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 11 MAC 2010

DAMANSARA: Suara rakan yang cemas meminta tolong rupa-rupanya menjadi malapetaka bagi seorang gadis Melayu Boleh apabila dirogol seorang lelaki warga asing di Pangsapuri Flora Damansara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 1 pagi itu, penuntut kolej swasta melayu boleh berhampiran dikatakan sedang menyiapkan tugasannya di kafe siber terletak di unit bawah pangsapuri itu apabila dia dihubungi rakannya.
Menurut sumber, mangsa yang panik kerana mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi pada rakannya menaiki lif ke tingkat sembilan pangsapuri terbabit.
“Sebaik pintu lif dibuka, mangsa terkejut seorang lelaki warga Afrika menariknya keluar dan membawanya masuk ke dalam sebuah unit rumah di tingkat itu.
“Lebih menyedihkan, rakan mangsa seorang wanita melayu boleh tempatan ditahan rakan suspek dan diarah menghubungi mangsa bagi mengumpannya naik ke kediaman suspek,” katanya.
Mangsa dikatakan cuba melawan, namun tidak berdaya menyebabkan dia di rogol berkali-kali.

Bagaimanapun, ketika suspek keluar dari bilik, mangsa meminta bantuan dengan menelefon rakannya menghubungi pihak polis.
“Rakan yang dihubungi kemudian bersama beberapa penduduk di pangsapuri itu menyelamatkan mangsa.
“Polis yang tiba kira-kira tujuh minit kemudian mencekup suspek dan dua rakannya dalam rumah itu,” katanya.
Difahamkan, suspek sering mengganggu mangsa, namun tidak pernah diendahkan menyebabkan suspek bertindak menggunakan rakan mangsa merogolnya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan tangkapan itu dan suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Adegan Terlampau Aksi Seks Anak Sendiri

December 16th, 2009 admin No comments

Melayu Boleh
Petikan Harian Metro 16 December 2009

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa melayu boleh sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki melayu boleh berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan melayu boleh tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.