Jururawat Jadi Hamba Nafsu Seks

Petikan Harian Metro
KUALA LUMPUR: Akibat perlakuan sumbang masa lampau bersama teman lelaki, seorang wanita melayu boleh kini dibelenggu ketakutan dan trauma selepas diugut, rakaman aksi seksnya di telefon bimbit akan disebarkan kepada keluarga dan orang ramai.
Malah, mangsa berusia 20-an yang juga seorang jururawat, dikatakan terpaksa terus melayan nafsu serakah bekas teman lelakinya sejak kira-kira setahun lalu.
Difahamkan, gadis yang tinggal di Wangsa Maju, di sini, berkenalan dengan lelaki terbabit sebelum mangsa dikatakan memutuskan hubungan pada pertengahan tahun lalu selepas tidak lagi mempunyai persefahaman.
Bagaimanapun, bekas teman lelaki gadis itu tidak puas hati lalu mengugut mangsa supaya terus bersamanya jika tidak mahu klip video rakaman seksnya tersebar
Tidak sanggup lagi menjadi hamba seks bekas teman lelakinya, mangsa membuat laporan polis kelmarin, berhubung kejadian itu.
Sumber berkata, pada awal perkenalan dan ketika sedang bercinta, mangsa dikatakan dipaksa dan dipujuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit berkali-kali.


