Archive

Posts Tagged ‘pasangan gay’

Sentuhan GAY Durjana

February 11th, 2009 admin No comments

Petikan metro 12.02.2009

AYER HITAM: Awas lelaki kacak berharta dan kedudukan tinggi kerana anda mungkin diperhatikan lelaki gila seks songsang yang menggunakan ilmu pukau untuk menjalinkan hubungan cinta sejenis dan mengikis harta anda.

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan memiliki kebolehan luar biasa dengan hanya menyentuh bahu mangsa ketika berselisih di tempat awam untuk menjadikan mereka tempat melampiaskan nafsu songsangnya.

Sihirnya dapat mematikan nafsu mangsa terhadap wanita, termasuk isteri supaya dapat dijadikan kekasih sejenis.

Selepas beberapa bulan menjalin hubungan intim, kesempatan itu digunakannya untuk mengikis harta mangsa, termasuk tanah bagi membuktikan keutuhan percintaan mereka selain wang perbelanjaan setiap bulan.

Read more…

Categories: Artikel Tags: ,

Aksi Pasangan Gay Songsang

January 30th, 2009 admin No comments

Petikan Dari Harian Metro 31.01.2009

.pasangan songsang dicekup dalam tandas.

pasangan songsang dicekup dalam tandas.

KUALA LUMPUR: Seorang warga asing yang baru selesai bersolat Jumaat ditangkap sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang lelaki bukan Islam dalam tandas Pasar Seni di sini, petang semalam.

Lelaki terbabit yang lengkap berkopiah ditahan beberapa detektif pasar itu yang curiga dengan perbuatan kedua-dua mereka selepas mengesan perbuatan songsang pasangan itu melalui kamera litar tertutup (CCTV), kira-kira jam 3.30 petang.

Sebelum itu, pasangan terbabit melakukan perbuatan kurang sopan di kawasan tersorok berhampiran tandas pasar berkenaan sebelum kedua-dua mereka membuat perbuatan sama di dalam tandas itu pula.

Berdasarkan siasatan, lelaki terbabit yang juga warga Indonesia manakala ‘pasangan’ warga tempatan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, malah pada awalnya mendakwa mempunyai MyKad.


baca lagi

Read more…

Categories: Artikel Tags: , ,