Archive

Posts Tagged ‘Pelajar IPTA’

Siswi IPTA Rela Bogel Diri

May 29th, 2009 admin 7 comments

Siswi IPTA Rela Bogel

Petikan harian metro 30 MAY 2009

KUALA LUMPUR: Angkara tuduhan palsu kononnya dia terbabit dalam klip video lucah, seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) merelakan tubuhnya diperiksa untuk dibandingkan dengan pelakon sebenar.

Aksi Manja Lucah Pelajar IPTA

January 26th, 2009 admin No comments

Petikan hmetro.com.my Isnin, 26 Januari 2009

Pelajar IPTA berkhalwat

BUTTERWORTH: Aksi manja seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ‘terlentok’ di sisi kekasihnya akibat hembusan angin pantai membawa padah apabila mereka dicekup pasukan pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), awal pagi kelmarin.

Pelajar lelaki dan kekasihnya masing-masing berusia 20-an dan 18 tahun ditahan kira-kira jam 4.30 pagi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam oleh empat pegawai penguat kuasa Jaipp.

Ketua Unit Operasi Jaipp, Khairul Azman Azizan, berkata operasi cegah maksiat membabitkan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa agama yang diketuai beliau sendiri dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang menyerbu lokasi berbeza.

Bagaimananapun, hanya pasangan IPTA itu yang ditahan kerana mereka ditemui dalam keadaan mencurigakan di kawasan kelam di tepi pantai di R&R berkenaan.

Katanya, ketika ditahan, kedua-dua mereka duduk dalam keadaan rapat dan dilihat dalam keadaan mesra dan manja.

Read more…