Dua Lelaki Kaki Skodeng Awek Terima Padah
Petikan Harian Metro 12 MAC 2010
KUANTAN – Nafsu Melayu Boleh suka skodeng yang menguasai dua pelajar melayu boleh sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membawa padah apabila mereka cedera dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar lain di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.
Kejadian pukul 12 malam itu berlaku selepas tindakan mereka mengintai kira-kira 10 pelajar perempuan melayu boleh melalui celah tingkap di sebuah rumah sewa disedari oleh salah seorang mangsa.
Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian bertindak menghubungi teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di situ.
Teman lelaki pelajar perempuan itu kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk mencari dua lelaki terbabit dengan menaiki kereta.
Difahamkan, kesemua pelajar itu merupakan pelajar tahun akhir di IPTA tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, selepas puas mencari, teman lelaki gadis itu terserempak dengan dua pelajar berkenaan di sebuah stesen minyak.




