Archive

Posts Tagged ‘pelajar sekolah ketagih seks’

Pelajar Sekolah Berzina Ketagih Video Lucah

February 26th, 2010 admin No comments

Pelajar Sekolah Ketagih Seks

Petikan Harian Metro Online

BESUT: Tabiat melihat klip video lucah melayu boleh melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.

Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.
Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.
Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.

Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.
Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.

Tiga Pelajar Rogol Budak Perempuan 5 Tahun

May 5th, 2009 admin 5 comments

Petikan hmetro.com.my 6.05.2009

KUANTAN: Akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Raub ditahan polis selepas disyaki mencabul dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang di Kampung Sempalit, dekat Raub, tiga sahabat terbabit bergurau dengan kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum mula bertindak liar dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa dan merogolnya.

Sebelum itu, tiga sahabat terbabit berusia 13 hingga 15 tahun terbabit bertandang ke rumah mangsa untuk bertemu abangnya, bagaimanapun dia tiada di rumah.

Difahamkan, perbuatan tidak bermoral mereka berlaku apabila mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum seorang daripadanya membuka seluar mangsa. Read more…

Dorong Budak Ketagih Seks

February 2nd, 2009 admin No comments

Petikan hmetro.com.my 2.2.2009

Pelajar Sekolah Rendah Ketagih Seks

KUALA LUMPUR: “Jangan hairan jika pada masa depan akan ada pengedar video ‘games’ berunsur lucah di kalangan pelajar sekolah rendah andainya penguatkuasaan terlalu lemah,” kata Pensyarah Kanan Psikologi, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor.

Dr Mariani meluahkan kebimbangan itu berikutan lambakan permainan video lucah memaparkan aksi ranjang yang mudah dibeli di pasaran tempatan ketika ini termasuk pembeli di kalangan murid sekolah rendah.

Dengan harga semurah RM5 katanya, tidak mustahil murid yang rosak akhlak itu cuba pula meracuni pemikiran rakan menceritakan keseronokan bermain video syaitan berkenaan.

“Seterusnya mereka akan menjadi pengedar permainan video lucah kecil-kecilan di sekolah. Ini satu perkembangan yang membahayakan kepada generasi masa depan.

Read more…