Archive

Posts Tagged ‘pelajar’

Pelajar Perkosa Dan Sula Gadis

February 16th, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 17 Februari 2010

KUALA LUMPUR: Kejam adalah istilah paling tepat menggambarkan tindakan tiga lelaki melayu boleh yang bukan hanya memperkosa seorang wanita melayu boleh bergilir-gilir, malah turut menyula mangsa dengan kayu hingga pengsan akibat kesakitan.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang juga pelajar berusia awal 20-an berkenaan sengaja mencucuk kayu ke bahagian dubur mangsa dipercayai bagi mendapat keseronokan selain menyeksa mangsa.

Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata kumpulan penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan berkeliaran mencari mangsa di sekitar Pandamaran, Klang, sebelum cuba menculik seorang gadis jam 5.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, dalam cubaan pertama itu, gadis yang hampir menjadi mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri. “Dalam cubaan seterusnya sekitar jam 6 pagi hari sama, suspek menyerang seorang wanita berusia 35 tahun yang ketika itu berada di tepi jalan,” katanya. Menurutnya, suspek yang menaiki kenderaan kemudian membawa mangsa ke kawasan belukar sebelum memperkosa mangsa bergilir-gilir.

“Tidak cukup memuaskan nafsu dengan memperkosa mangsa, suspek turut mengambil kayu sebelum memasukkannya ke bahagian dubur mangsa. “Tindakan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sehingga pengsan,’ katanya. Menurutnya, pada masa sama mangsa pertama yang hampir diculik dan diperkosa membuat laporan polis sebelum pihak polis segera menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.

“Usaha polis akhirnya berhasil apabila dua daripada penjenayah itu berjaya diberkas polis pada hari sama di sekitar daerah Klang,” katanya.

Pelajar Kolej Mangsa Gila Seks Majikan

January 25th, 2010 admin No comments

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej melayu boleh menjalani latihan praktikal di sebuah butik di Ampang dekat sini, trauma selepas majikannya memeluk dan menciumnya ketika tinggal berdua di syarikat berkenaan. Difahamkan, tindakan buas majikan berusia 30-an itu yang turut memegang buah dada selain meraba punggung mangsa berulang kali menyebabkannya tergamam.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam Khamis lalu itu, pelajar melayu boleh berusia 20-an berkenaan mendakwa sebelum itu majikannya tiba-tiba mahu bertemunya selepas waktu bekerja. “Mangsa yang menjalani latihan praktikal di syarikat itu berjumpa dengan majikannya seperti diarahkan.
“Lelaki melayu boleh berkenaan meminta pertolongan mangsa mencuba beberapa helai pakaian ditempah pelanggan,” katanya di sini, semalam.
Tanpa mencurigai apa-apa, mangsa menuruti arahan majikannya dengan mengambil pakaian berkenaan sebelum menuju ke tempat persalinan pakaian yang ada di situ.
“Pelajar wanita itu hanya melakukan apa yang diarahkan lelaki terbabit tanpa sebarang prasangka sebelum masuk ke tempat persalinan pakaian berkenaan,” katanya.

Namun, pada masa sama, majikannya dikatakan memaklumkan supaya mangsa tidak mengunci pintu kononnya untuk melihat pakaian yang sudah dicuba.
Sumber itu berkata, mangsa memakai pakaian berkenaan sebelum tempat persalinan itu dimasuki lelaki berkenaan.
“Mangsa pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa bagaimanapun terkejut apabila majikannya menghampiri dan tiba-tiba meraba serta memeluknya,” katanya.
Menurut sumber, mangsa bertambah terkejut apabila lelaki terbabit meraba buah dada dan punggungnya. “Dalam masa sama, majikan berkenaan dikatakan memakaikan baju yang dicuba secara paksa dan kasar.
“Bagaimanapun, setiap kali pakaiannya dibuka, lelaki miang itu didakwa melakukan perbuatan sama berkali-kali,” katanya.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidak berani melawan disebabkan khuatir majikannya akan bertindak lebih ganas.
Ini berikutan mangsa tahu hanya tinggal mereka berdua saja di kedai dan berhadapan dengan kemungkinan dirogol jika melawan.

Sumber itu berkata, dalam keadaan terpaksa, dia hanya membiarkan lelaki jahanam berkenaan melakukan perbuatan sama berulang kali.

4 Remaja Perempuan Jadi Lauk Kenduri 17 Lelaki

December 16th, 2009 admin 2 comments

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan melayu boleh bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.

Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin.

Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.

Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan.

Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua.

Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu.

Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.

Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.

Pakej Karaoke & Seks Pelajar China

December 1st, 2009 admin No comments

Pakej Karaoke Seks

SUBANG JAYA: Pakej karaoke seks. - http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20091202070807/Article