ROGOL KAKAK PERKOSA DAN CABUL ADIK
Petikan Harian Metro
MELAKA: Seorang penyambut tamu Melayu Boleh sebuah hotel di negeri ini dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan Melayu Boleh dan cuba merogol adik mangsa.
Tertuduh, Azharamli Usop, 24, dari Serian, Sarawak membuat pengakuan bersalah terhadap dua tuduhan itu di hadapan Hakim Zaharah Hussain ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tiga bulan di dalam sebuah rumah di Taman Nirwana, Batang Tiga, kira-kira jam 6 petang pada 5 Jun lalu.
Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh dituduh cuba merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tujuh bulan kira-kira jam 4 petang pada 3 Mei lalu di lokasi sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, dengan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebat.
Mengikut fakta kes pertama, tertuduh berbaring bersama adik mangsa sebelum mangsa datang dan berbaring di sebelah, tetapi tangannya terkena kemaluan lelaki itu.
Tertuduh kemudian bangun lalu turun ke tingkat bawah rumah untuk mengambil minyak kelapa yang diletakkan dalam mangkuk dan naik semula ke bilik berkenaan sebelum menyuruh mangsa membuka seluar dan seluar dalam sebelum dirinya turut membuka pakaian.
Tertuduh menyuruh mangsa berbaring sebelum bertindak merogol kanak-kanak itu dan pada masa sama adik mangsa terjaga dan ternampak perbuatan itu lalu menangis, tetapi diarahkan supaya diam.
Pada hari sama, adik mangsa memberitahu kejadian menimpa kakaknya kepada ibunya yang membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan pada keesokan harinya.
Manakala, dalam fakta kes bagi pertuduhan kedua, mangsa kedua yang juga adik kepada mangsa pertama memberitahu tertuduh, dia mahu ke tandas dan meminta lelaki itu untuk membuka seluarnya.
Ketika itu, kakak mangsa sedang bermain di tingkat bawah, manakala ibu mereka keluar bekerja.
Apabila mangsa masuk ke dalam bilik, tertuduh menyuruhnya menutup pintu, manakala dia berbaring di atas tilam dan membuka baju kanak-kanak itu.
Tertuduh kemudian melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut lalu menyapu minyak rambut pada kemaluannya lalu mendatangi mangsa dan cuba merogolnya.
Selepas kedua-dua fakta kes dibacakan, Zaharah mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan memberi peluang kepada lelaki itu untuk membuat rayuan.
Lelaki berkenaan merayu dijatuhi hukuman ringan kerana mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun yang dijaga ibunya di Sarawak.
Zaharah kemudian menempelak tertuduh: “Awak ada anak perempuan, (tapi) awak buat pada anak orang.”
