Archive

Posts Tagged ‘port dickson’

Gadis Melayu Maut Selepas Berkhalwat Di Port Dickson

June 15th, 2009 admin 8 comments

Petikan Harian Metro 16 Jun 2009

PORT DICKSON: Akibat terlalu panik, seorang gadis yang terkejut dan terlalu takut ditangkap basah oleh pegawai penguat kuasa agama, maut selepas bertarung nyawa selama 10 jam akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Teluk Kemang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang memakai baju-T dan kain, dipercayai terjatuh dari tembok tingkap di bilik berkenaan sebelum kepalanya dipercayai terhempas pada bucu longkang menyebabkannya cedera parah.

Sebelum itu, mangsa berusia 20-an yang dipercayai bekerja di sebuah institusi kewangan di Lembah Klang, dipercayai datang ke bandar pelancongan ini bersama pasangan lelakinya berusia 30-an sebelum menginap di hotel terbabit.

Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Seremban, tetapi disahkan meninggal dunia jam 3 petang hari sama.

Read more…

Pelajar Perempuan Dirogol Dan Diperkosa

June 1st, 2009 admin 22 comments

Pelajar Melayu DirogolPelajar Perempuan Dirogol Dan Diperkosa

Petikan harian metro 1 JUN 2009

PORT DICKSON: Dua beradik perempuan melayu boleh hanya mampu melihat tanpa dapat membantu apabila kakak mereka dirogol seorang lelaki yang menumpangkan mereka ke sekolah dalam kawasan semak di Sua Betong, di sini.

Perogol terbabit melampiaskan nafsu terhadap gadis berusia 18 tahun itu selepas mengugut dua adik perempuan mangsa tidak membuat bising sementara dia melaksanakan kerja jahatnya itu.

Lebih malang apabila tiga beradik perempuan itu ditinggalkan dalam semak oleh suspek yang terus melarikan diri sejurus selepas memuaskan nafsu serakahnya.

Kejadian dikatakan berlaku disebabkan sikap mudah percaya tiga beradik berkenaan dengan pelawaan suspek yang tidak dikenali untuk dihantar ke sekolah.

Read more…