
Petikan Harian Metro 09.05.2009
KUALA LUMPUR: Pada mulanya mereka tidak kisah diberi RM10 atau RM20 jika diusung jantan, sama ada sekadar berjalan-jalan atau sampai ke bilik tidur.
Bagaimanapun, apabila keinginan untuk berhibur dan ketagihan dadah pil ecstacy serta ‘ice’ (syabu) semakin tidak terkawal, mereka berjinak-jinak menjadi ‘kaki kikis’ dan pencuri.
Berbekalkan pakaian seksi dan suara manja, asalkan ada jantan melayu boleh yang boleh ‘ditakluki’, mereka sanggup dijadikan teman sebelum melarikan wang atau apa saja barangan berharga.
Penipuan dan taktik licik dua rakan karib berusia awal 20-an dikenali sebagai Mimi dan Gina itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh seorang lelaki berusia 30 tahun yang menjadi mangsa mereka.
Disebabkan marah dan kecewa, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Bakhtiar turut menampal dan mengedar risalah berkaitan Mimi dan Gina di beberapa lokasi sekitar bandar raya, selain membuat laporan polis.
Bakhtiar mengakui dia sebelum ini ‘membela’ Mimi dan Gina lebih dua tahun selepas termakan pujuk rayu dua bohsia itu yang kononnya mahu berubah jika ada ‘abang’ yang menjaga.
“Mereka mendapat jolokan ‘bohsia advanced’. Sebut apa saja yang mereka tidak pernah buat. Kaki disko, minum arak, makan pil erimin 5, hisap ‘ice’ dan kesudahannya apabila nafsu untuk berhibur membuak-buak, sanggup mengikis harta orang dan mencuri.
“Daripada bohsia yang biasa diusung ke sana ke mari sehingga ke bilik tidur, mereka menjadi lebih ‘advanced’ demi mendapatkan wang untuk berhibur. Mereka tidak bekerja dan keluarga pula susah, sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja cara untuk mendapatkan wang,” katanya. Read more…