Archive

Posts Tagged ‘remaja perempuan’

PELAJAR SEKOLAH BAWAH UMUR DI ROGOL

July 28th, 2010 admin No comments

Petikan harian metro

PETALING JAYA: Seorang pemandu van melayu boleh sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan melayu boleh berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.

Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.
Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.

Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.

“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.

“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.
“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Remaja Perempuan Melayu Boleh Dicekup

April 4th, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro

KUALA LUMPUR: Malang buat seorang remaja perempuan melayu boleh berusia 16 tahun apabila dicekup pihak berkuasa beberapa langkah dari pintu sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, di sini, ketika cuba meloloskan diri, awal pagi semalam.

Remaja melayu boleh terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dikatakan meronta-ronta sebaik ditahan.
Selepas lebih lima minit meronta, remaja melayu boleh terbabit kemudian ‘tersengih’ sebelum menyerah diri sebaik menyedari taktiknya tidak berhasil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi itu, seramai 58 individu ditahan kerana positif dadah.
“Daripada jumlah itu seramai 12 wanita melayu boleh , termasuk seorang remaja bawah umur, turut ditahan. Semua ditahan berusia antara 13 hingga 50 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketika serbuan dilakukan, lebih 100 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa. Pusat hiburan berkenaan pernah diserbu beberapa kali, namun pemiliknya masih berdegil dan meneruskan operasi.

Dicekup Khalwat Buat Maksiat Kali Pertama

March 5th, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 5 MAC 2010

MELAKA: Perhubungan cinta jarak jauh sepasang kekasih Melayu Boleh sejak beberapa bulan lalu dengan hanya menggunakan talian telefon bagi menghubungkan kasih mereka akhirnya membawa kepada pertemuan buat kali pertama, semalam.

Bagaimanapun, pertemuan yang dilakukan di sebuah hotel bajet berhampiran Terminal Melaka Sentral membawa detik hitam apabila mereka dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) pada jam 12.15 tengah hari.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata siasatan mendapati remaja lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Johor sanggup datang ke negeri ini untuk menemui kekasihnya.
Pasangan sebaya terbabit ditahan empat jam selepas remaja perempuan berkenaan datang ke bilik yang disewa lelaki berkenaan.
Katanya, sebelum ini pasangan terbabit tidak pernah bertemu dan hanya menjadikan pertemuan pertama kali itu sebagai peluang melakukan perbuatan terkutuk apabila mengakui turut terlanjur.
“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan menyewa bilik terbabit sejak petang semalam (kelmarin) selepas tiba dari Johor dan kemudian remaja perempuan berkenaan datang ke biliknya itu pada jam 9.30 pagi tadi (semalam).

“Ketika berada di dalam bilik berkenaan, mereka mengakui melakukan perbuatan mungkar,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, perempuan berkenaan juga mengakui mereka bukan saja tidak pernah bertemu malah dia turut menyatakan itulah julung kali masuk ke bilik sebuah hotel.
“Pasangan berkenaan turut mengakui tahu berdua-duaan di dalam bilik terkurung adalah satu kesalahan serta melakukan perbuatan maksiat boleh mendatangkan dosa besar,” katanya.
Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Remaja Perempuan Jadi Lauk Mat Gian

December 30th, 2009 admin No comments

petikan harian metro

SEREMBAN: Nasib seorang remaja perempuan melayu boleh bagaikan terlepas daripada mulut harimau, masuk mulut buaya kerana selepas berusaha melarikan diri daripada menjadi mangsa gila seks bapa tirinya, dia terpaksa mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki termasuk rakannya.

Remaja berusia 16 tahun, mengaku lari dari rumah kerana tindakan bapa tirinya yang cuba merogolnya.

Dia kemudian mengikuti beberapa rakan lelaki dan duduk di sebuah rumah kosong di Sikamat, dekat sini, sejak lebih seminggu lalu.

Tindakannya lari dari rumah dan mengikuti rakan lelakinya itu dengan harapan nasibnya cerah, tidak kesampaian apabila dirogol lelaki berkenaan.

Menurut sumber, kejadian remaja itu dirogol bergilir-gilir oleh rakannya dan beberapa lelaki lain terbongkar apabila dia menceritakan perkara itu ketika soal siasat kepada pasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan yang mengadakan operasi membanteras aktiviti menghidu gam dan maksiat kalangan remaja di sebuah rumah kosong di Sikamat pada malam sambutan Krismas, lalu.

Menurutnya, dalam operasi itu pihak berkenaan menahan sembilan lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terbabit dalam aktiviti maksiat dan hidu gam di sebuah rumah kosong yang dijadikan ‘port’ kegiatan tidak sihat termasuk mencuri motosikal.

“Ketika disoal, remaja perempuan turut menunjukkan lelaki yang merogolnya dan lelaki berkenaan juga mengaku pernah merogol remaja terbabit.

“Siasatan mendapati remaja perempuan berkenaan sudah berada di rumah berkenaan sejak lebih seminggu di bawah jagaan kumpulan lelaki terbabit sebelum semua mereka diberkas pada malam Krismas lalu,” katanya di sini, semalam.

Ketika serbuan jam 12.30 tengah malam itu, rumah kosong berkenaan dipenuhi peralatan menghidu gam dan kumpulan lelaki terbabit dipercayai menjadikannya tempat berkumpul.

Menurutnya, mereka dipercayai sudah menjalankan kegiatan tidak sihat itu sejak beberapa bulan lalu tanpa disedari penduduk sekeliling.

“Bagaimanapun aktiviti mereka dikesan selepas menerima aduan orang ramai hingga membawa kepada tindakan dan penahanan mereka,” katanya.

Semua lelaki berkenaan dan remaja perempuan terbabit diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seremban 2 untuk tindakan lanjut.

Pihaknya mengingatkan orang ramai supaya prihatin terhadap perkembangan yang berlaku di sekeliling dan segera melaporkan sebarang kegiatan tidak sihat supaya tindakan segera dapat diambil.

“Masyarakat turut bertanggungjawab membanteras kegiatan tidak sihat di kawasan mereka dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa,” katanya.