Archive

Posts Tagged ‘rumah seks’

Bilik Sewa Untuk Berkhalwat & Melepaskan Nafsu

February 23rd, 2010 admin No comments

Petikan Harian Metro 23 Februari 2010

JOHOR BAHRU: Persinggahan Asmara. Begitulah nama jolokan diberikan kepada sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di bandar raya ini yang menyediakan khidmat bilik sewa mengikut jam bagi membolehkan pasangan kekasih melayu boleh melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, rumah teres dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti sabun, tuala, bilik air, katil dan televisyen.
Walaupun hanya setaraf rumah tumpangan atau hotel murah, tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.
Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat.
Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah.
“Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar. Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing.

Read more…

Rumah Urut Seks Geli Geli

December 4th, 2009 admin No comments

Petikan Harian Metro

GOMBAK: Popular dengan jolokan rumah urutgeli-geli’ menyebabkan ramai lelaki berstatus suami melayu boleh sanggup berhabis duit ratusan ringgit hampir setiap minggu semata-mata melampiaskan nafsu bersama gadis urut yang kebanyakannya wanita seberang.

Kebanyakan gadis urut seks yang beroperasi di sekitar Gombak itu dikesan menggunakan rumah persendirian yang disewa atau milik penghuni tempatan untuk menjalankan kegiatan itu yang mampu memberi keuntungan sehingga RM500 sehari.

Kegiatan terbabit, bagaimanapun dilumpuhkan selepas sepasukan 63 anggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dibantu lapan pegawai Imigresen dan lima anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak melakukan operasi di dua lokasi berasingan.

Dalam operasi pertama kira-kira jam 6 petang, pegawai MPS menyerbu sebuah rumah di tingkat tiga bangunan rumah kedai di Sentral Point, Batu Caves.

Pegawai Bahagian Penguat Kuasa MPS, Ahmad Faisal Badiuzaman, berkata dalam serbuan pertama itu, seorang wanita tukang urut kelam-kabut menyarungkan baju yang berselerakan di lantai bilik tidur.

Menurutnya, wanita Indonesia berusia 30-an ketika itu dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki tempatan yang dipercayai berasmara dalam bilik tidur terbabit.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu, MPS mendapati tiga bilik tidur diubah suai menjadi bilik rawatan batin dan urutan tradisional dilengkapi tilam dan kipas angin.

“Pemeriksaan mendapati dua wanita asing yang menawarkan perkhidmatan istimewa di rumah itu dengan harga RM50 hingga RM80 bagi setiap kali sesi rawatan,” katanya.

Dalam serbuan kedua di satu lagi lokasi berasingan, MPS terpaksa menggunakan alat umpil selepas usaha meminta penghuninya membuka pintu gagal.

“Penguat kuasa MPS yang yakin terdapat penghuni di dalamnya mengetuk pintu berkenaan hampir 15 minit namun penghuni ‘mematikan’ diri dalam rumah.

“Namun selepas tiga anggota MPS mula mengumpil jeriji besi pintu, seorang wanita muncul sebelum membuka pintu. Siasatan menemui seorang wanita berusia 20-an bersama seorang lagi rakannya,” katanya.

Menurutnya, dua wanita terbabit dipercayai bekerja sebagai tukang urut di rumah berkenaan yang dimiliki seorang wanita tempatan.

Menurutnya, MPS akan mengambil tindakan Akta Undang-undang kecil (UUK3) Pusat Kesihatan dan Kecantikan MPS 2007 dengan mengenakan kompaun RM1,000 kepada pemilik rumah terbabit.

Pada masa sama, penguat kuasa MPS turut menyita semua tilam dan peralatan digunakan di kedua-dua rumah terbabit.