PELAJAR SEKOLAH PEREMPUAN SAMSENG
Petikan Dari Harian Metro 16.08.2008

TAMPIN: Rakaman pergaduhan sekumpulan samseng perempuan membelasah pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini, kini dipercayai disebarkan secara meluas.
Adegan aksi buli lima pelajar perempuan termasuk seorang lelaki membelasah pelajar dipercayai tingkatan satu sehingga cedera di tangan, kepala dan pinggang itu mengejutkan ramai pihak kerana budaya samseng dikhuatiri menjadi ikutan pelajar lain.
Bagaimanapun, sehingga kini keluarga pelajar itu atau mangsa tidak membuat sebarang laporan polis dipercayai kerana diugut samseng sekolah menengah itu atau tidak mahu membesarkan kejadian berkenaan.
Seorang bapa yang enggan namanya disiarkan berkata, anak perempuannya menunjukkan rakaman telefon bimbit mengenai seorang pelajar sekolahnya dibelasah tanpa simpati beberapa minggu lalu.
BACA LAGI Read more…
