Archive

Posts Tagged ‘tingkatan tiga’

Pelajar Sekolah Liar Jual Gadis Liar

November 22nd, 2009 admin No comments

Gadis Liar

KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.

Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki melayu boleh, tetapi remaja perempuan melayu boleh yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.

Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.

Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.

Baca secara penuh di http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20091122001406/Article

Pelajar Sekolah Perempuan Mangsa Seks Songsang

May 5th, 2009 admin 2 comments

petikan hmetro 06.05.2009

KUALA LUMPUR: Hanya dengan menyamar sebagai jurulatih sukan profesional, seorang remaja  melayu boleh berusia 15 tahun menjadi mangsa hobi seks songsang seorang lelaki yang memaksanya melakukan onani di sebuah rumah usang.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga mendakwa terserempak dengan suspek kira-kira jam 1 tengah hari berhampiran kawasan Kuala Selangor di sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek mengarahkan remaja itu membuka seluarnya dengan alasan dia jurulatih sukan dan ingin melakukan pemeriksaan tubuh.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah kosong tidak jauh dari lokasi berkenaan sebelum mangsa diarah memegang kemaluannya.

Read more…

Pelajar Sekolah Dicabul Ketika Ponteng Kelas

April 17th, 2009 admin 3 comments


Petikan harian metro

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Besut ponteng kelas tambahan semata-mata untuk bertemu kekasihnya membawa padah apabila dicabul teman lelakinya, malam Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata mangsa dari Kampung Amer, Kampung Raja, Besut dikatakan pergi ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan, kira-kira jam 8.30 malam.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa tidak menghadiri kelas tambahan itu, sebaliknya mengikut teman lelakinya ke rumah ibu saudara suspek di Kampung Gong Nangka.

Katanya, apabila tiba di rumah itu, teman lelakinya mengajak mangsa duduk di bawah pokok sebelum mencabulnya.

Menurutnya, rahsia mangsa ponteng terbongkar apabila ibunya yang datang untuk mengambilnya di sekolah disapa seorang guru yang mendakwa remaja itu sering tidak hadir kelas tambahan.

Katanya, bapa tiri mangsa yang mengesyaki perkara buruk berlaku bertanyakan anak tirinya itu sebelum mangsa menceritakan dia dicabul pada malam itu.

“Mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kampung Raja, Besut, jam 12.20 tengah hari keesokannya,” katanya.